Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak tetapi ia perlulah segar...perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi dicampurkan dengan isi ikan (hidangan ini hampir menyerupai shushi).
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi isi ikan yang biasa digunakan ialah isi ikan tenggiri, dan terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan isi ikan yu . Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dan lain-lain.
![]() |
Hinava Ikan Yu |
![]() |
Hinava Ikan Tengiri (Tongiri) |
Resipi
Hinava Tingii - Tongiri/ Ikan Yu
Bahan-Bahan :
•2 ½ kati isi ikan tingii (tongiri) yang telah dibuang tulang-tulangnya.
•1 ½ cawan jus limau nipis
•4 – 5 camca besar biji bambangan yang telah diparut dan dikeringkan
•2 inci peria yang telah dihiris halus (dicuci dengan garam sekali)
•4 – 5 cili merah dihiris halus
•Garam secukup rasa
Cara Menyediakan :
Campurkan kesemua bahan-bahan dalam satu mangkuk dan gaul dengan rata.Biarkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.
Perhatian :
Hidangan ini tidak perlu dimasak, oleh itu bahan-bahan yang disediakan mestilah segar dan telah dibersihkan.
![]() |
Bahan-bahan Hinava |
Resipi Hinava Udang
![]() |
Hinava Udang |
Bahan-Bahan :
•1 Kati udang segar (saiz sederhana )
•1 cawan jus limau nipis
•4-5 chili merah dihiris
•6 pulas bawang merah dipotong berbentuk gelang
•Garam secukup rasa
Cara Menyediakan :
Buangkan kulit dan kepala udang. Cuci dengan sempurna. Belah udang dari kepala ke ekor. Masukkan udang kedalam basin dan perap dengan garam selama 1 minit.Tuang jus limau nipis pada udang dan campurkan bahan-bahan yang lain.Biarkan selama 10 minit sebelum dihidang
Perhatian :
Hidangan ini tidak perlu dimasak, oleh itu bahan-bahan yang disediakan mestilah segar dan telah dibersihkan.